Cara nak naikkan rangking alexa


Alexa.Com merupakan website yang memberikan ranking kepada website-website yang berlegar di alam maya waktu ini. Cara Alexa memberikan ranking adalah berdasarkan bilangan trafik atau pelawat yang mengunjungi sesuatu blog itu.

Ranking yang lebih kecil iaitu kurang daripada 100,000 menunjukkan blog yang tergolong dalam lingkungan ini mempunyai bilangan trafik yang tinggi jika nak dibandingkan dengan blog yang rankingnya melebihi 1 juta. Ini bermakna blog yang lebih rendah rankingnya lebih baik dan popular daripada blog yang mempunyai ranking yang tinggi.

Jelaslah disini, Alexa memainkan peranan untuk memberitahu pelawat atau pemilik blog tentang status trafik blog tersebut. Jikalau tiada Alexa.Com dah tentulah kita tak dapat nak menilai website atau blog tersebut bagus atau tidak.

Katakan kita sebagai pemilik blog yang tidak mementingkan alexa rank ni, kemungkinan kita bolehlah diumpamakan sebagai blogger yang syok sendiri, manakan tidak asyik sangat melayan blog sedangkan tiada pun pusuan trafik yang menyinggah ke blog kita tadi walaupun setiap hari kita mengeluarkan entri – entri yang berkualiti. Sebabnya kita tak nak ambil tahu pun status atau kedudukan sebenar blog kita dalam alam siber ni.

So..kesimpulannya Alexa Rank amatlah penting untuk sesuatu blog. Kepada mereka yang mengatakan alexa rank itu tidak penting, aku boleh katakan golongan ini takkan pergi jauh dalam dunia blogging. Perghh tak sayang mulut tu.. hehe..

Aku beranggapan begitu kerana ramai blogger-blogger yang dah berjaya mengambil kesempatan untuk mendapatkan kedudukan rangking yang lebih tinggi daripada Alexa. Nak tahu kenapa.. baca entri ni Eyriqazz vs Denaihati Dua Blogger Hebatyang memaparkan dua blogger yang menggunakan sepenuhnya alexa rank untuk menarik minat pengiklan gergasi.

Antara satu sebab alexa rank penting ialah kerana ranking ini diambilkira oleh pengiklan-pengiklan mega sebelum menilai samaada ingin menggunakan blog tersebut sebagai tempat pengiklanan produk mereka atau tidak. Jadi bila mereka lihat ranking blog anda berada dalam kedudukan yang rendah, mereka akan menganggap blog anda sudah mempunyai bilangan trafik yang tinggi dimana ia sesuai dipilih sebagai medium untuk mempromosikan produk mereka.

Antara contoh yang aku boleh bagi ialah blog ni.. cer klik kalau nak tahu berapa banyak iklan-iklan mega ditampal di blog tersebut.. dan cuba cek berapakah kedudukan alexa ranknya.

So, pentingkan Alexa rank ni.. kepada blogger yang mempunyai prinsip untuk sentiasa majukan diri, maka mereka akan mengguna platform alexa ini untuk menilai prestasi blog mereka dari masa ke semasa dan sebaliknya bagi mereka yang bersikap tidak apa, nilai alexa ini memang tidak memberi apa-apa makna kepada anda. So pilihlah yang mana satu yang anda nak jadi..hehe

Oklah cakap banyak tak guna.. Aku bagi sedikit tips nak naikkan rangking alexa.. Hehe walaupun rangking alexa aku taklah baguih sangat, at least aku dah cuba sedaya upaya untuk memperbaiki Alexa Rank aku ni daripada asalnya 4.5 juta sekarang dah dalam lingkungan 400K saje.

Untuk pengetahuan Alexa Rank ni akan memaparkan dua kedudukan rangking blog anda iaitu satu di peringkat global dan satu lagi di peringkat local.. so bagi contoh di bawah di peringkat global ranking aku berada di kedudukan 437,806 manakala di peringkat Malaysia azidi.com berada di rank 1,827. Hehe bolehlah tahan, blog aku pun baru je nak masuk 3 bulan usianya..


Alexa Rank
Rangking blog aku azidi.com pada tanggal 10 Julai 2012
Ok jom lihat 10 Cara Terbaik Nak Naikkan Ranking Alexa blog atau website anda.
  1. Install Alexa toolbar pada browser anda. Boleh download di sini.
  2. Letakkan Alexa Widget ke website anda.
  3. Jadikan blog atau website anda sebagai Home Page pada browser yang diinstall dengan Alexa tool bar tadi.
  4. Daftar atau register di semua media sosial popular ketika ini seperti facebook, twitter, dig, stumble upon, google plus, dan macam-macam lagi kerana medium ini boleh menyumbangkan trafik yang tinggi ke blog anda.
  5. Buat entri mengenai Alexa dari masa ke semasa dan gunakan keywords yang hot supaya entri yang anda keluarkan nanti dibaca oleh ramai orang yang seterusnya akan meningkatkan trafik. Macam yang aku tengah buat sekarang ni..keluarkan artikel mengenai Alexa. Hehe
  6. Sediakan satu kategori atau tag khas mengenai Alexa, supaya segala artikel yang dikeluarkan diletakkan dalam satu tempat..ramai orang nak tahu tentang benda ni satu hari nanti..
  7. Tinggalkan komen-komen bernas di blog-blog yang anda rasakan mempunyai follower yang ramai.. ada masa aku memang akan buat blogwalking dan tinggalkan kenangan kat situ hehe..
  8. Daftarkan diri di forum-forum percuma dan menjadi ahli aktif di dalamnya.. (ni aku belum serius lagi)
  9. Beli iklan banner dan promosikan (ni aku belum mulakan lagi)
  10. Minta kawan-kawan install Alexa Toolbar dan tolong review blog anda.. yang ni memang membantu sangat.. so atas sebab tulah aku berharap sangat pada blogger-blogger kat luar sana untuk luangkan masa buat review sedikit pasal blog aku ni di link ni.. http://www.alexa.com/write/review/azidi.com
Pada mereka yang tak keberatan nak review, aku ucapkan terima kasih bebanyak dan tolong tinggalkan link review blog anda supaya aku boleh balas balik jasa korang tu.. barulah win-win situation.. hehe.