Tuesday 16 August 2011

Menghayati Makna Nuzul Al-Quran

(sumber:  http://groups.yahoo.com/group/TemanHidup/


Menghayati makna, hikmah peristiwa Nuzul al-Quran 

RAMAI  pengkaji  berselisih  pendapat  tarikh  sebenar turunnya kitab suci al-Quran, 
namun mereka bersepakat mencatat peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam 
Jumaat, 17 Ramadan.  Perkataan 'nuzul' bererti  turun  atau  berpindah dari atas ke 
bawah.  Di dalamnya  terhimpun  ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi 
soal tauhid, ibadat, jenayah, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. 

Firman  Allah SWT: "Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak 
seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-
umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; 
kemudian  mereka  semuanya  akan  dihimpunkan  kepada  Tuhan  mereka  (untuk 
dihisab dan menerima balasan)." 
(Al-An'am:38) 

Nuzul  al-Quran  suatu  peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya 
melihat al-Quran itu sebagai 'kitab induk' panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan 
manusia  seluruhnya. Bukan setakat membaca, bahkan kita harus berusaha menyelidiki 
rahsia ilmu pengetahuan di dalamnya. 

Al-Quran  adalah  hidayah,  rahmat,  syifa,  nur,  furqan  dan  pemberi  penjelasan  bagi 
manusia.  Segala  isi  kandungan  al-Quran  itu benar.  Al-Quran  juga  dikenali sebagai 
Al-Nur  bererti  cahaya  yang  menerangi,  al-Furqan  bererti  yang  dapat  membezakan 
di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan. 

Dalam  sejarah  Nabi  SAW,  ayat Al-Quran  yang  mula-mula  diturunkan  kepada  Nabi 
Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada 
surah Al-'Alaq. maksudnya: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang 
menciptakan  (sekalian  makhluk),  Ia  menciptakan  manusia  dari  sebuku  darah beku; 
Bacalah,  dan  Tuhan  mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena 
dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'Alaq:1-5) 

Nabi  SAW  banyak  membaca  al-Quran  dalam  bulan  Ramadan. Maknanya Nabi juga 
belajar  secara  berguru  iaitu  dengan  Jibril dan umatnya juga dituntut belajar dengan 
berguru. Nabi Muhammad juga mengulang-ulangi bacaan al-Quran begitu juga dengan 
para sahabat.  Nabi bersabda  maksudnya:  "Semulia-mulia  umatku  ialah  orang  yang 
menghafaz al-Quran." 

Antara faedah membaca al-Quran adalah; 
1. Mampu mengusir bisikan syaitan terkutuk; 
2. Menjadi penyebab meraih keredaan Allah SWT; 
3. Memperoleh pahala yang banyak; 
4. Membahagiakan rakan seperjuangan; 
5. Menghapus kesalahan dan dosa; 
6. Menjadikan wajah (pembaca al-Quran) berseri-seri; 
7. Melapangkan hati dan fikiran, menjernihkan sanubari; 
8. Melahirkan ketenteraman dalaman antara seorang hamba dengan Allah SWT; 
9. Memelihara umur manusia; 
10. Merangsang seorang hamba untuk terus melakukan kebaikan dalam hidup yang sementara; 
11. Mengembali, menjernihkan hati kepada Allah untuk meningkatkan kualiti hubungan dengan-Nya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...